Pertandingan Menulis Esei

Syarat-syarat pertandingan

Pertandingan Menulis Esei akan dilaksanakan secara individu. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar satu (1) penyertaan sahaja.

Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu. Sumber rujukan hendaklah dinyatakan dalam esei yang ditulis.

Panjang esei hendaklah antara 1000 – 1200 patah perkataan dan jumlah perkataan mestilah dicatat dengan tepat pada penghujung esei.

Esei hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak langkau sebaris setengah (1.5 spacing) menggunakan huruf Arial bersaiz 12 (Font 12) dan dicetak pada sebelah muka setiap helaian kertas.

Setiap esei hendaklah merupakan hasil penulisan asli dan belum pernah disiarkan oleh mana mana bahan cetakan. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima.

Setiap esei yang dihantar akan menjadi hak milik Jabatan Kerohanian dan Sosial, MPPUTM. Pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang memenangi pertandingan.

Syarat-syarat penyertaan

Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Universiti Tenologi Malaysia.

Penyertaan adalah percuma.

Segala kos penyertaan pertandingan tidak ditanggung oleh pihak Penganjur.

Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan naskhah yang dikirim.

Nama dan alamat penulis tidak dibenarkan tertera pada naskhah esei yang diserah kepada penganjur.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Mac 2009.

Pengumuman keputusan pemenang serta penyampaian hadiah akan diadakan pada 21 Mac 2009 (Sabtu) di Blok N24.

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

HADIAH :
  • Tempat Pertama : RM150.00
  • Tempat Kedua : RM100.00
  • Tempat Ketiga : RM50.00
Esei hendaklah dihantar bersama borang penyertaan ke bilik MPPUTM.

Jawatankuasa Pertandingan Kreatif,
Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar 08/09,
81310 Skudai, Johor Bahru.

0 comments:

Post a Comment