Pelancaran MAHAR '09

UTM Skudai, 27 Februari – Majlis perasmian Kempen Mahasiswa Sedar (MAHAR '09) hari ini berjalan lancar dengan kehadiran lebih 100 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Majlis yang dijalankan di Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM Skudai itu dirasmikan oleh Pengarah MSI, Ustaz Dr Azhar.

"Pihak Masjid Sultan Ismail dengan sokongan staf-staf di PPIPS akan sentiasa menyokong segala aktiviti berbentuk kerohanian yang dianjurkan oleh persatuan, JKM atau MPP sendiri samada dalam bentuk kewangan, khidmat nasihat dan sebagainya. MSI juga akan merancang beberapa program tambahan sebagai langkah sokongan untuk menjayakan Kempen Mahasiswa Sedar ini", katanya dalam ucapan perasmian.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ustaz Nasir Masrom, pegawai HEP dan juga para pemimpin pelajar samada di peringkat universiti mahupun peringkat kolej.

Majlis disambung dengan penyampaian ceramah bertajuk "Mahasiswa dan Hedonimsme" yang disampaikan oleh Ustaz Mahyudin Bin Mat Sarip, Pegawai Agama MSI selepas tayangan montaj. Rata-rata mahasiswa yang hadir mengharapkan agar gejala sosial di kampus UTM dapat dikawal kerana ia dilihat semakin serius dan membimbangkan.

Sumber: YB Hafizul Hilmi

0 comments:

Post a Comment