Pelancaran MAHAR '09

UTM Skudai, 27 Februari – Majlis perasmian Kempen Mahasiswa Sedar (MAHAR '09) hari ini berjalan lancar dengan kehadiran lebih 100 orang mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Majlis yang dijalankan di Dewan Solat Utama Masjid Sultan Ismail (MSI) UTM Skudai itu dirasmikan oleh Pengarah MSI, Ustaz Dr Azhar.

"Pihak Masjid Sultan Ismail dengan sokongan staf-staf di PPIPS akan sentiasa menyokong segala aktiviti berbentuk kerohanian yang dianjurkan oleh persatuan, JKM atau MPP sendiri samada dalam bentuk kewangan, khidmat nasihat dan sebagainya. MSI juga akan merancang beberapa program tambahan sebagai langkah sokongan untuk menjayakan Kempen Mahasiswa Sedar ini", katanya dalam ucapan perasmian.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ustaz Nasir Masrom, pegawai HEP dan juga para pemimpin pelajar samada di peringkat universiti mahupun peringkat kolej.

Majlis disambung dengan penyampaian ceramah bertajuk "Mahasiswa dan Hedonimsme" yang disampaikan oleh Ustaz Mahyudin Bin Mat Sarip, Pegawai Agama MSI selepas tayangan montaj. Rata-rata mahasiswa yang hadir mengharapkan agar gejala sosial di kampus UTM dapat dikawal kerana ia dilihat semakin serius dan membimbangkan.

Sumber: YB Hafizul Hilmi

Wallpaper MAHAR

Download

Pertandingan Membuat Poster

Peraturan Pertandingan Poster.

Pertandingan terbuka kepada semua pelajar Universiti Teknologi Malaysia.

Penyertaan adalah secara individu.

Kriteria poster:
Poster mestilah dihantar dalam bentuk hardcopy bersaiz A3 dan juga softcopy dalam bentuk CD untuk tujuan penilaian.
Poster mestilah menyentuh tema program:
Punca dan kesan hiburan melampau kepada perilaku mahasiswa
Kesan hedonism terhadap akhlak dan ibadah remaja Islam.

Hadiah:
Tempat Pertama: RM 150.00
Tempat Kedua: RM 100.00
Tempat Ketiga: RM 50.00

Keputusan panel juri adalah muktamad.

Tempoh pertandingan bermula dari 21 Februari 2009 sehingga 15 Mac 2009. Semua penyertaan mesti dihantar kepada :

Urusetia Pertandingan Kreatif,
Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Teknologi Malaysia

Pertandingan Multimedia

Peraturan Pertandingan Multimedia.

1.Pertandingan terbuka kepada pelajar Universiti Teknologi Malaysia.
2.Penyertaan secara individu atau berpasukan dibenarkan (maksimum ahli kumpulan 3 orang).
3.Dokumen akhir yang dihantar mesti dalam format fail .exe atau yang boleh dimainkan terus.
4.Dihantar dalam bentuk CD kepada pihak urusetia.
5.Jangkamasa persembahan multimedia adalah 3 – 5 minit. CD atau persembahan yang tidak dapat dibuka dianggap sebagai tidak berjaya.
6.CD persembahan multimedia tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik penganjur.
7.Hadiah yang ditawarkan:
Tempat Pertama: RM 200.00
Tempat Kedua: RM 150.00
Tempat Ketiga: RM100.00
8.Tempoh pertandingan bermula dari 21 Februari 2009 sehingga 15 Mac 2009. Semua penyertaan mesti dihantar kepada :

Urusetia Pertandingan Kreatif,
Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Teknologi Malaysia.

Pelancaran MAHAR '09

Pertandingan Menulis Esei

Syarat-syarat pertandingan

Pertandingan Menulis Esei akan dilaksanakan secara individu. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar satu (1) penyertaan sahaja.

Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu. Sumber rujukan hendaklah dinyatakan dalam esei yang ditulis.

Panjang esei hendaklah antara 1000 – 1200 patah perkataan dan jumlah perkataan mestilah dicatat dengan tepat pada penghujung esei.

Esei hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak langkau sebaris setengah (1.5 spacing) menggunakan huruf Arial bersaiz 12 (Font 12) dan dicetak pada sebelah muka setiap helaian kertas.

Setiap esei hendaklah merupakan hasil penulisan asli dan belum pernah disiarkan oleh mana mana bahan cetakan. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima.

Setiap esei yang dihantar akan menjadi hak milik Jabatan Kerohanian dan Sosial, MPPUTM. Pihak penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang memenangi pertandingan.

Syarat-syarat penyertaan

Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Universiti Tenologi Malaysia.

Penyertaan adalah percuma.

Segala kos penyertaan pertandingan tidak ditanggung oleh pihak Penganjur.

Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan naskhah yang dikirim.

Nama dan alamat penulis tidak dibenarkan tertera pada naskhah esei yang diserah kepada penganjur.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Mac 2009.

Pengumuman keputusan pemenang serta penyampaian hadiah akan diadakan pada 21 Mac 2009 (Sabtu) di Blok N24.

Keputusan panel hakim adalah muktamad.

HADIAH :
  • Tempat Pertama : RM150.00
  • Tempat Kedua : RM100.00
  • Tempat Ketiga : RM50.00
Esei hendaklah dihantar bersama borang penyertaan ke bilik MPPUTM.

Jawatankuasa Pertandingan Kreatif,
Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar 08/09,
81310 Skudai, Johor Bahru.

Logo MAHAR '09

Poster Kempen Mahasiswa Sedar 2009



Pengenalan MAHAR '09

Kempen Mahasiswa Sedar (MAHAR '09) merupakan lanjutan kepada program yang berbentuk Islamik yang diadakan di bumi UTM. Program ini akan lebih memfokuskan gejala hedonisme dan kesannya kepada mahasiswa seperti pemakaian, ibadah solat dan lain-lain. Kempen ini bakal digerakkan dengan pelbagai kaedah yang mengkhususkan kepada meningkatkan kematangan sosial di kalangan warga UTM. Hal ini penting bagi menyediakan mahasiswa yang berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran hidup di dunia luar apabila tamat pengajian di UTM. Program yang bertemakan "Mahasiswa Cakna Tunjang Kematangan Sosial" ini berobjektif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kampus tentang hedonisme yang menyumbang kepada masalah sosial yang semakin menular dan membantu dalam mengatasi masalah sosial di UTM. Dengan matlamat tersebut, program yang insya'ALLAH bakal dilancarkan pada 21 Februari 2009 ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat setempat khususnya mahasiswa dan mahasiswi UTM terhadap kesan buruk hedonisme terhadap akhlak dan moral muda-mudi.

Butiran Kempen Mahasiswa Sedar '09
Tarikh : 21 Februari 2009 – 28 Mac 2009
Tempat : Di sekitar UTM

Antara program yang bakal dijalankan sepanjang kempen:
  • Bengkel Cintaku Dari Ilahi (CINDAI ’09)
  • Pelancaran Kempen Mahar 2009
  • Pertandingan Kreatif
  • Mobilasi Material (Edaran Risalah, Poster, Flyers, Sticker Dan Banner)